• Utama
  • Korporat
    • Pengenalan
    • Perutusan Pengarah
    • Senarai Program / Unit
      • Unit Akademik & Pendidikan Berterusan
        • Program Animasi 2D
        • Program Servis Kenderaan Ringan
        • Program Teknologi Pembuatan
        • Program Teknologi Senibina
        • Unit Pengajian Am
        • Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
      • Unit Peperiksaan & Penilaian
      • E-Learning
      • Unit Penyelidikan Inovasi & Komersialan
      • Unit Jaminan Kualiti
      • Unit Pembangunan Pelajar
      • Unit Kolaborasi & Keusahawanan
      • Unit Pentadbiran & Kewangan
      • Unit Pengurusan Maklumat & Korporat
      • Unit Pembangunan
      • Unit Latihan & Pembangunan Staf
      • Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
      • Unit EKSA
    • Misi & Visi
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
  • Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid & Elektrik
    • Pengenalan
    • Carta Organisasi
  • Program Pengajian
    • Sepenuh Masa
      • Sijil Animasi 2D
      • Sijil Servis Kenderaan Ringan
      • Sijil Teknologi Pembuatan
      • Sijil Teknologi Senibina
    • Kursus Pendek
  • E-Library
    • IEEE Xplore
    • Emerald Insight
    • DBook
    • U-Pustaka
  • Galeri KKKB
  • Muat Turun
    • Pekeliling / Arahan
    • Borang Rasmi Jabatan
    • Penerbitan
  • Penang IDEAX Challenge
  • Hubungi Kami
    • Direktori
    • Senarai Politeknik
    • Senarai Kolej Komuniti

Pelajar Aktif

5204

Pelajar Tamat

79684

Anugerah

50 +

Staf JPPKK

4562

kURSUS
sEPENUH mASA

Sijil Servis Kenderaan Ringan
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program Servis Kenderaan Ringan membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
2. Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
3. Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
4. Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.

Sijil Teknologi Senibina
Syarat Am Kemasukan 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran:-

1. Menghasilkan lukisan kerja senibina yang menepati kehendak Undang - Undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan,
2. Menghasilkan lukisan persembahan senibina,
3. Menghasilkan model bangunan bagi tujuan persembahan, dan
4. Menghasilkan model 3D bangunan (BIM).

Sijil Teknologi Pembuatan
Syarat Am Kemasukan 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program Teknologi Pembuatan membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat membantu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan / melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini juga dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Teknik dan kaedah dalam menghasilkan lukisan kejuruteraan dan merekabentuk produk pembuatan dengan Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD).
2. Menghasilkan produk mekanikal menggunakan mesin - mesin pembuatan konvensional.
3. Menghasilkan produk mekanikal menggunakan mesin - mesin Kawalan Berangka Berkomputer (CNC).
4. Membaca, membina dan troubleshoot litar skematik melibatkan kawalan sistem pneumatik, hidraulik, elektro-mekanikal dan PLC.
5. Menggunakan kaedah - kaedah kawalan mutu dalam penghasilan produk.

Sijil Animasi 2D
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Tempoh Pengajian4 semester

Sinopsis Animasi 2D

Program Sijil Animasi 2D menawarkan pembelajaran berasaskan multimedia dimana semua elemen seperti grafik, audio, video, text, dan animasi akan dipelajari sepanjang semester pengajian. Pelajar dibekalkan dengan peralatan multimedia untuk menghasilkan produksi animasi yang kreatif seperti wacom tablet dan komputer dengan perisian terkini. Pelajar juga berpeluang mempelajari teknik lukisan secara manual dan digital termasuk idea & skrip dan penghasilan Storyboard. Semua proses untuk menghasilkan animasi dan grafik dengan penggunaan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Animate dan Adobe Premiere.

   Sila klik / imbas QR Kod:-

           

 

          

 

 eISBN

 

KKKB KE ARAH PENSIJILAN ISO 21001:2018

"Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti kearah Organisasi yang Dinamik dan Komited"

  • No 87 Lorong Bertam Indah 1,
    Taman Bertam Indah,
    13200 Kepala Batas, 
    Pulau Pinang.
  • 04 - 5792 300 (Am)
  • 04 - 5780 302 (Kursus Pendek)
  • 04 - 5759 300 (Faks)
  • pentadbirankkkb@kkkba(dot)edu(dot)my
  •      kolejkomunitikepalabatas
  •   kk_kepalabatasrasmi
  •    kolejkomunitiHQ
  •   kkkbtv kepalabatas

PENAFIAN DATA DAN MAKLUMAT
Kolej Komuniti Kepala Batas tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Ke Atas