Mengurus kemasukan pelajar serta menyokong pembangunan potensi, sahsiah dan kebolehpasaran graduan TVET.
Menyediakan peluang pembelajaran berterusan bagi meningkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi komuniti.
Memastikan kualiti pendidikan dan pengurusan kolej melalui pemantauan, penambahbaikan berterusan serta pematuhan standard akreditasi.
Menyelaras urusan peperiksaan dan penilaian bagi memastikan proses pentaksiran dilaksanakan dengan teratur, telus dan berintegriti.
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berperanan sebagai pemacu perubahan dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta menjadi pemacu pembangunan negara.
Pelbagai program menarik dengan yuran berpatutan ditawarkan oleh Politeknik dan Kolej Komuniti di lokasi seluruh negara. Semua program diiktiraf MQA, menawarkan peluang pekerjaan yang cerah serta laluan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Program Asasi Teknologi Kejuruteraan ialah inisiatif untuk memberi peluang kepada lepasan SPM yang layak mengikuti program persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Program Sijil Politeknik menyediakan asas pengetahuan dan kemahiran teknikal bagi melahirkan tenaga kerja separa mahir yang kompeten.
Program Diploma Politeknik menawarkan pendidikan teknikal dan vokasional bagi melahirkan graduan berkemahiran serta memenuhi keperluan industri.
Program Ijazah Politeknik menawarkan pendidikan tinggi berteraskan aplikasi teknologi bagi melahirkan graduan profesional dan berdaya saing.
Inisiatif Kolej Komuniti bertujuan memberi peluang pembelajaran dan latihan kemahiran kepada semua lapisan masyarakat.
Kolej Komuniti Kepala Batas
87 Lorong Bertam Indah 1
Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
Mesej disimpan untuk semakan dan balasan admin. Elakkan maklumat sensitif.