PIAGAM PELANGGAN KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS

 

Kami warga KKKB menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berintegriti dan berjanji bahawa:-

1. Proses TVET dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut takwim & kalender akademik Pengajaran dan Pembelajaran;

2. Proses Pendaftaran Pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar;

3. Memastikan semua pelajar mendapat tempat latihan industri sebelum tarikh lapor diri;

4. Keputusan peperiksaan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas peperiksaan akhir tamat;

5. Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.