- Details
- Hits: 8792
PENGENALAN
Sijil Teknologi Senibina merupakan suatu program kemahiran yang dijalankan di Kolej Komuniti. Ia merupakan satu program kemahiran di dalam menyediakan lukisan pelan senibina sesuai dengan kehendak industri masa kini. Pelajar akan didedahkan dengan teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Akta-akta yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses merekabentuk sesebuah bangunan atau binaan. Selain itu, pelajar juga memperolehi kemahiran dalam menyediakan lukisan persembahan secara manual dan berkomputer serta merekabentuk model-model bangunan.
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
NO RUJUKAN MQA
MQA/FA7442
Sijil Teknologi Senibina
Dahulunya dikenali sebagai : Sijil Pelukis Pelan Senibina
PROSPEK SAMBUNG BELAJAR
- Diploma in Architectural Technology, Kolej Komuniti, KPT
- Diploma Seni Bina, Politeknik Malaysia, KPT
PROSPEK KERJAYA
Sijil Teknologi Senibina dijangka dapat melahirkan pelajar-pelajar berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi kehendak industri dalam kerjaya seperti berikut:
- Pelukis pelan senibina
- Pelukis pelan kejuruteraan
- Juruteknik bangunan
- Pembuat model bangunan
- Penyelia tapak pembinaan
- BIM modeller
GAMBAR AKTIVITI/UNIT
*kemaskini pada 10/07/2024