Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke Portal Rasmi Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB). Portal ini menyalurkan maklumat rasmi berkaitan institusi,program-program sepenuh masa yang diiktiraf oleh Malaysian Qualificatian Agency (MQA) ,kursus-kursus pendek serta fasiliti-fasiliti dan kemudahan yang sedia ada.

Pada 05 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan memorandum yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti merupakan institusi pendidikan TVET yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat serta memberi peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

KKKB adalah merupakan institusi TVET yang diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan merupakan antara 10 buah Kolej Komuniti rintis yang dirasmikan pada tahun 2001 oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pelbagai program sepenuh masa yang ditawarkan di KKKB antaranya Sijil Animasi 2D, Sijil Teknologi Seni Bina, Sijil Teknologi Pembuatan dan Sijil Teknologi Automotif. Pada tahun 2023, KKKB berjaya melahirkan 600 graduan. KKKB juga menawarkan Kursus Penggajian Sepanjang Hayat bagi memenuhi permintaan dari komuniti setempat,jabatan -jabatan kerajaan dan swasta serta industri.

Pelbagai program akademik dan ko-kurikulum merangkumi program yang bercirikan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) serta bercirikan keusahawanan dilaksanakan bagi mencapai matlamat Visi dan Misi untuk menjadi peneraju TVET yang unggul. Bagi memastikan program-program yang di tawarkan adalah kekal dan relevan berdasarkan kepada keperluan industri semasa, pelbagai kolaborasi strategik telah ditandatangani dengan pihak industri tempatan dan antarabangsa selain kolaborasi program pertukaran pelajar dengan institusi TVET lain. Natijahnya, KKKB telah berjaya mengeluarkan graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi, malah statistik kebolehpasaran graduan pada 2023 adalah 98%.

Selain itu, KKKB juga melakarkan kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuklah dalam bidang akademik dan

ko-kurikulum, penyelidikan dan inovasi serta “social coorporate responsbility “(CSR). Pelbagai inovasi telah dimenangi oleh KKKB dan juga penglibatan pelajar dalam bidang sukan telah membawa KKKB ke peringkat antarabangsa.

KKKB juga adalah merupakan Centre of Advance Automotive Training (CoAT) dimana kerjasama bersama Institute of Motor Industry yang berpusat di United Kingdom (IMI UK) yang menawarkan Kursus Pensijilan Profesional Dalam bidang Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik kepada pelajar bagi tujuan up -skilling dan re-skiling. Pensijilan yang ditawarkan adalah pada Tahap 1 sehingga Tahap 4 dimana selepas para peserta tamat dan lulus penilaian yang ditetapkan mereka akan dianugerahkan pensijilan oleh pihak IMI UK.

Akhir kata, saya amat mengalu-alukan para pembaca untuk memberi maklum balas, cadangan dan pandangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKKB. Selamat melayari portal KKKB dan semoga maklumat yang disampaikan di sini dapat membantu dan memberi sedikit informasi kepada para pembaca.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

SHUHAIMI BIN SAMANOL

Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas