PENGENALAN PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SAU)

Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti berusaha merancang dan mengadakan program SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF bagi menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut. Pelajar berpeluang mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan servis kenderaan ringan secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Selain itu, program ini juga menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri.

Bahasa pengantar program ini adalah Bahasa Melayu, mod pengajian adalah sepenuh masa. Syarat kemasukan hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tempoh pengajian adalah 4 semester termasuk Latihan industri. Jumlah kredit graduat adalah sebanyak 60 Kredit.

 

SINOPSIS PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SAU)

Program SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan: 

  1. Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
  2. Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
  3. Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
  4. Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.
  5. Kenderaan hibrid dan elektrik.

 

PROSPEK KERJA PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SAU)

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran menservis kenderaan ringan untuk diimplimentasikan dalam bidang Automotif. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:

1. Mekanik

2. Juruteknik servis kenderaan

3. Penasihat servis (Service Advisor)

4. Pengusaha bengkel servis

5. Pengusaha bengkel tayar

6. Pengusaha bengkel elektrik automotif

7. Pengusaha kedai aksesori automotif

 

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES - PEO)

1. Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan hasrat Negara.

2. Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.

3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.

 

KLIK UNTUK 360 TOUR UNIT AUTOMOTIF KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS


                                            

 

*kemaskini pada 04/11/2024