• UTAMA
  • KORPORAT
    • Pengenalan
    • Perutusan Pengarah
    • Misi & Visi
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
  • AKADEMIK
    • Sepenuh Masa
      • Sijil Animasi 2D
      • Sijil Servis Kenderaan Ringan
      • Sijil Teknologi Pembuatan
      • Sijil Teknologi Senibina
  • CENTRE of ADVANCED AUTOMOTIVE TRAINING
  • e-LIBRARY
    • Laman Web
    • Pangkalan Data
      • IEEE Xplore
      • Emerald Insight
      • DBook
      • U-Pustaka
      • Scientific Research
      • MyJurnal
      • Carrot2
      • Duckduckgo
      • Z-Lib
      • LibGen
      • Refseek.com
      • FreeFullPdf
  • MUAT TURUN
    • Penerbitan
  • HUBUNGI KAMI
    • Direktori
    • Senarai Politeknik
    • Senarai Kolej Komuniti
Details
Hits: 2162
KPTJPPKKPOLITEKNIKSEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITIKOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS

KPT berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan juga kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan menjana para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai dua (2) buah jabatan bagi pengurusan institusi pengajian tinggi, iaitu:

(i) Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) - menguruskan UA dan IPTS
(ii) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) - menguruskan politeknik dan kolej komuniti

Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting dalam pengajian tinggi, iaitu:

(i) Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) - pusat transformasi pembangunan modal insan.
(ii) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - badan yang mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.
(iii) Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency) - badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara
(iv) Education Malaysia Global Services (EMGS) - mempromosikan diplomasi pendidikan dan pengantarabangsaan sektor pendidikan Malaysia.
(v) Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) - organisasi kesukarelaan kalangan pelajar pendidikan tinggi.

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1969. TVET diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak Politeknik serta menambah program pengajian bagi dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Pada 20 November 2009, pihak Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi berkaitan dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan empat teras berikut:

Pertama : Memperkasa politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti awam;
Kedua : Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap politeknik;
Ketiga : Memperkasa warga politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi;
Keempat : Membina imej bereputasi tinggi budaya kerja cemerlang.

Selain itu, pihak Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi yang bersetuju supaya ditubuhkan sepuluh Politeknik METrO, empat politeknik dalam RMKe-9 dan enam politeknik dalam RMKe-10. Konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen telah dipersetujui pihak Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Walau bagaimanapun, pada 2005 pihak Jemaah Menteri telah menimbang semula konsep tersebut dan bersetuju agar penubuhan kolej komuniti berdasarkan keperluan kawasan setempat. Pada tahun 2007, Jemaah Menteri bersetuju agar kolej komuniti dijadikan hab Pembelajaran Sepanjang Hayat. Lanjutan itu, pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah mengambil maklum mengenai pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti.

Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 24 Mac 2017 telah meluluskan penggabungan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam satu jabatan. Struktur organisasi baharu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Februari 2018.

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1969. TVET diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak Politeknik serta menambah program pengajian bagi dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Pada 20 November 2009, pihak Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi berkaitan dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan empat teras berikut:

Pertama : Memperkasa politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti awam;
Kedua : Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap politeknik;
Ketiga : Memperkasa warga politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi;
Keempat : Membina imej bereputasi tinggi budaya kerja cemerlang.

Selain itu, pihak Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi yang bersetuju supaya ditubuhkan sepuluh Politeknik METrO, empat politeknik dalam RMKe-9 dan enam politeknik dalam RMKe-10. Konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen telah dipersetujui pihak Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000.

Walau bagaimanapun, pada 2005 pihak Jemaah Menteri telah menimbang semula konsep tersebut dan bersetuju agar penubuhan kolej komuniti berdasarkan keperluan kawasan setempat. Pada tahun 2007, Jemaah Menteri bersetuju agar kolej komuniti dijadikan hab Pembelajaran Sepanjang Hayat. Lanjutan itu, pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah mengambil maklum mengenai pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti.

Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 24 Mac 2017 telah meluluskan penggabungan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam satu jabatan. Struktur organisasi baharu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Februari 2018.

  • No 87 Lorong Bertam Indah 1,
    Taman Bertam Indah,
    13200 Kepala Batas, 
    Pulau Pinang.
  • 04 - 5792 300 (Am)
  • 04 - 5780 302 (Kursus Pendek)
  • 04 - 5759 300 (Faks)
  • kkkepalabatas@kkkba(dot)edu(dot)my
  •      kolejkomunitikepalabatas
  •   kk_kepalabatasrasmi
  •    kolejkomunitiHQ
  •   kkkbtv kepalabatas

PENAFIAN DATA DAN MAKLUMAT
HAKCIPTA TERPELIHARA | Kolej Komuniti Kepala Batas tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Ke Atas
X

HAKCIPTA JPPKK & KKKB 2023

Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku, adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987 (sebagaimana pada 1 Julai 2012).