TVET & Entrepreneurship Digest 2023 adalah kompilasi hasil kajian komuniti TVET seluruh negara yang diterbitkan oleh Kolej Komuniti Kepala Batas buat julung kalinya pada tahun 2023. Memiliki kod ISBN daripada Perpustakaan Negara, kompilasi hasil kajian ini diterbitkan dalam 2 bentuk iaitu Diges dan eDigest agar mudah diakses dan dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak yang memerlukan maklumat berkaitan TVET dan Keusahawanan. Digest ini begitu istimewa kerana mengetengahkan kajian-kajian bertemakan TVETpreneur iaitu kajian-kajian mengenai keusahawanan berteraskan latihan TVET. Selain itu, Digest ini juga menggabungkan kajian dalam pelbagai subtema lain yang berkisar isu-isu pendidikan TVET serantau.
i. Mengumpulkan hasil kajian komuniti TVET dalam pelbagai subtema dengan berfokuskan kepada kajian berteraskan keusahawanan.
ii. Menerbitkan hasil kajian komuniti TVET dalam bentuk e-penerbitan agar maklumat kajian mudah diakses oleh pelbagai pihak yang memerlukan.
iii. Menyemarakkan budaya penulisan, penyelidikan dan inovasi dalam kalangan komuniti TVET yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pendidikan TVET serantau.
iv. Menjadikan penerbitan ini sebagai sumber untuk memperolehi maklumat penting mengenai keberkesanan perlaksanaan keusahawanan dalam kalangan institusi TVET serantau.
‘Empowering TVETpreneur Through Researches And Innovations.’
Sub-Tema:
i. Technical and Vocational Education and Training (TVET)
ii. Entrepreneurship Training and Education
iii. Social Sciences and Humanity
iv. Industrial Revolution 4.0
v. Engineering Technology
vi. Creative and Multimedia