Ditubuhkan pada tahun 2014 bagi memenuhi matlamat Dasar Automotif Negara (NAP 2014) untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV). Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) menjalinkan kerjasama strategik dengan Konsortium Automotif Malaysia yang terdiri daripada penggiat industri automotif negara, Universiti Malaysia Pahang dan Institute of The Motor Industry (IMI) United Kingdom. Selain memenuhi matlamat NAP 2014, penubuhan Pusat Teknologi ini juga bertujuan bagi memenuhi keperluan peningkatan kemahiran (up-sklilling) dan melatih semula (re-skilling) kepada penggiat industri automotif dari dalam dan luar negara dalam bidang Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik. Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik juga merupakan penyedia latihan berdaftar kepada Human Resources Development Fund (HRDF).

Pensijilan Institute of The Motor Industry merupakan pensijilan bertaraf antarabangsa di mana pensijilan ini diiktiraf di dalam dan diluar negara. Buat masa kini Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik KKKB menawarkan pensijilan pada tiga tahap iaitu:

 

Level 1: Award in Electric/Hybrid Vehicle Awareness

Level 2: Award in Electric/Hybrid Vehicle Hazard Management for Emergency and Recovery Personnel

Level 2: Award in Electric Hybrid Vehicle Routine Maintenance

Level 3: Award in Electric/Hybrid Vehicle System Repair and Replacement